Wednesday, 2 December 2015

Mantel

Salam petang, salam sejahtera dan salam rakyat jelata buat semua hamba si penyembah bumi. Ini hari aku nak menguji mental kau orang tentang tajuk di atas iaitu MANTEL. Apa yang kau orang tahu pasal perkataan yang disusun enam huruf itu. Ketawa, sedih atau apa saja emosi kau orang pasti tak dapat memutarkan minda untuk memikirkannya. Mantel? Apakah? Siapakah dia?

Mantel sebuah nama yang dicipta untuk bumi. Kau orang pernah lihat bumi secara realiti? Pastinya tidak, sekadar memberitahu bahawa aku juga tidak pernah melihat keadaan bumi secara realiti. Tapi, yang aku kaji sepanjang berada di alam persekolahan ini adalah bentuknya bulat seperti bola, mempunyai banyak lapisan, adanya laut, tanah dan warna hijau di permukaannya. Kalau diteliti secara mata kasar, alangkah indahnya ciptaan Tuhan.





Ini adalah bumi, Mantelnya terletak di mana?

Secara terang-terangan kau orang boleh nampak bentuk fizikalnya yang bulat seperti bola. Sempurna! Ciptaan Tuhan semuanya indah belaka. Di sini, aku boleh terapkan sifat-sifat manusia yang seperti 'Mantel' iaitu Panas Baran, kaki sailang, ketua pailang dan sebagainya. Aku juga secara jujurnya mempunyai sifat panas baran. Oleh itu, aku memilih nama 'Mantel' sebagai 'username' di laman bual zaman moden ini. hanya kerana itu aku memilih nama itu. Sebab apa? sebab, bagi aku nama tu cukup unik bagi aku. Berbalik kepada tajuk, aku difahamkan bahawa mantel itu berwarna merah sedikit gelap berbanding lapisan dalamnya. Benar atau tidak? lihat pada gambar yang aku telah turunkan di atas. Mungkin dari situ kau orang boleh membuat konklusi tentang mantel. Sebagai penutup akhirulkalam, aku menyimpulkan ceritanya di sini adalah tanamkan sifat 'Azul' dalam diri dan jangan pernah keluarkan sifat 'Mantel' jika tak perlu. Sekian dari aku, Assalamualaikum.

* Azul: -warna biru dalam bahasa Portugis dan Sepanyol
           - hello dalam bahasa Tamazight


Friday, 20 November 2015

Menjelang Angka DuaSifarSatuLima

Hey! Orang alaf baru. Lama sudah tak ketemu, mungkin dah berhabuk dah pun blog aku. Mungkin juga dah bersawang di sana sini. Haha. Hari ini, aku tak mahu berceloteh panjang. Cuma mahu berpuisi, berpujangga dan sejagat dengannya. 





Ini aku persembahkan: 

Dewasa Di Tahun DuaSifarSatuLima

5 tahun berdiri kaku di situ,
5 tahun kau, aku dan dia bergelak ketawa,
5 tahun juga kita bersua muka,
Segalanya lima tahun,
Kata kau itu tempat berpuaka,
Kata kau itu tempat manusia perangai durja,
Maaf kau silap,
Ini kata aku,
Itu tempat simpan memori bersama,
Itu tempat simpan barang pusaka,
Itu juga tempat melepas dendam lama. 
Dan kali ini kita bersama melangkah keluar,
Kita bersama berganding bahu,
Kita bersama mencapai matlamat,
Di tahun akhir hidup sebagai pelajar sekolah,
Iaitu pada tahun DuaSifarSatuLima. 
Noktah.

Akhir kata dari aku, selamat malam manusia alaf baru dan habiskan sisa-sisa hidupmu di tahun angka DuaSifarSatuLima.